Oleh Helmi Talkah, Jun 5, 2023 @ 6:13pm ; [email protected]
KUALA LUMPUR: Kejayaan memenangi pingat emas Sukan SEA dan memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) lelaki belum dapat memuaskan hati pelari negara, Umar Osman yang menetapkan satu lagi sasaran besar untuk direalisasikan.
Atlet berusia 20 tahun itu, berkata dia kini memasang impian untuk menjadi pelari pertama negara yang mencatat masa di bawah 46 saat (s) bagi acara 400m.Atlet berusia 20 tahun itu, berkata dia kini memasang impian untuk menjadi pelari pertama negara yang mencatat masa di bawah 46 saat (s) bagi acara 400m.
“Saya tahu ia bukan mudah, saya akan bekerja keras untuk mencapainya. Namun, saya sudah buktikan yang tiada apa yang mustahil selepas memenangi pingat emas Sukan SEA dan memecahkan rekod kebangsaan.”Saya meletakkan tempoh satu hingga dua tahun lagi untuk saya mencapai impian saya itu. Saya percaya dengan bimbingan daripada jurulatih dan sokongan semua pihak, saya mampu melakukannya,” katanya.
Umar mencipta sensasi apabila bukan saja berjaya memenangi pingat emas 400m di Sukan SEA Kemboja, bulan lalu tetapi dia turut meleburkan rekod kebangsaan dalam acara itu dengan catatan 46.34s.Catatan itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan berusia 22 tahun milik Mohd Zaiful Zainal Abidin dengan catatan 46.41s yang dilakukan ketika Kejohanan Olahragha Remaja Asia di Brunei pada 2001.Dalam pada itu, Umar yang juga juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 kini mengintai peluang untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya apabila beraksi di Kejohanan Trek dan Balapan Asia (ATF) di Pattaya, Thailand, bulan depan.Katanya, kejohanan itu dianggap sebagai pemanas badan buat dirinya yang meletakkan sasaran untuk mencapai kemuncak prestasi di temasya Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan.“Jurulatih sudah beritahu yang fokus dan sasaran utama adalah di Sukan Universiti Dunia. Untuk ATF, saya cuba menampilkan prestasi terbaik saya dan kalau dapat perbaiki catatan peribadi terbaik boleh dianggap bonus untuk saya,” kata Umar.