Sarah tidak berjaya pertahan emas

SARAH berkata walaupun kehilangan emas yang dimenangi pada di Hanoi namun dia gembira dapat perbaharui rekod peribadi. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Phnom Penh: Atlet lompat bergalah Nur Sarah Adi menutup acara olahraga hari ketiga dengan menghadiahkan pingat perak buat Malaysia, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu menyaksikan Sarah mengakhiri saingan di kedudukan kedua dengan lompatan setinggi 4.05meter (m).

Walaupun wakil Thailand, Chonthicha Kabut turut sama mencatatkan 4.05 m namun dia dinobatkan sebagai pemenang berdasarkan kepada lompatannya yang lebih ‘clean’.

Hal ini kerana, walaupun wakil Thailand Chonthicha Kabut turut sama mencatatkan 4.05m namun dia dinobatkan sebagai pemenang berdasarkan kiraan semula yang mana Chonthicha berjaya melepasi kesemua ketinggian dengan sekali percubaan.

Manakala Sarah melakukan dua percubaan pada ketinggian 3.85 dan 3.90m.

Selain itu pingat gangsa pula menjadi milik Filipina menerusi Natalie Rose dengan ketinggian 4m.

Sementara itu, Nur Sarah berkata, walaupun kehilangan pingat emas yang dimenangi pada edisi lalu di Hanoi, Vietnam namun dia gembira dapat perbaharui rekod peribadi yang dilakukan tahun lalu.

“Bagi saya paling penting adalah dapat perbaharui rekod peribadi apabila dua minggu tidak menjalani latihan namun mampu melakukan yang terbaik untuk negara.

“Saya memang nak pingat emas tapi perlu mengharungi pelbagai cabaran kerana pada awalnya mungkin tak lompat kerana menghadapi kecederaan dan beberapa masalah lain,” katanya. Mengikut rekod, pada Sukan Sea Vietnam, Nur Sarah berjaya meraih emas dengan lompatan 4m.